MH370: Ocean Shield kesan tompokan minyak di kawasan pencarian

T K Letchumy Tamboo
April 14, 2014 14:54 MYT
Ocean Shield - Gambar Fail
Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield, telah mengesan tompokan minyak di kawasan pencariannya di selatan Lautan Hindi, petang semalam.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata tompokan minyak tersebut berada pada anggaran 5,550 kilometer dari isyarat "ping" yang dikesan sebelum ini oleh kapal terbabit.
"Satu sampel dua liter telah dikutip dan kami memerlukan beberapa hari lagi sebelum ia (sampel tompokan minyak) dapat diuji dan ditentukan secara konklusif," katanya semasa satu sidang media di Perth hari ini.
Namun, Angus menegaskan bahawa sumber asal tompokan minyak itu masih belum boleh dipastikan lagi.
#Angus Houston #MH370 #minyak #pencarian
;