MH370: Ahli Parlimen DAP terus desak Kertas Putih dibentang di Parlimen
Astro Awani
Mei 15, 2014 09:10 MYT
Mei 15, 2014 09:10 MYT
Menteri Pengangkutan perlu membentangkan Kertas Putih kepada Parlimen berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong .
Selain itu, Chin Tong juga mendesak supaya satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen juga ditubuhkan untuk menyisat kejadian itu dengan teliti.
"Kertas Putih kepada parlimen amat penting memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Wall Street Journal pada 13 Mei 2014 mengakui "tidak semua tindakan kami tepat".
"Kerajaan seharusnya lebih terbuka terhadap apa sebenarnya berlaku pada 8 Mac itu dan bagaimana untuk memastikan perkara sama tidak berulang.
"Pendekatan yang lebih telus akan membantu memulihkan keyakinan terhadap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu juga menegaskan Kertas Putih juga untuk menjelaskan kepada Parlimen kos carian dan juga kos jangka panjang.
Katanya, Bendahari Autstralia, Joe Hockey ketika membentangkan bajet 2014 mengumumkan bahawa Australia telah memperuntukkan A$ 90 juta ( RM270 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang untuk mencari MH370.
"Adalah penting bagi Menteri Pengangkutan dan Kerajaan untuk mendedahkan kos pencarian MH370 dan tindakan selanjutnya yang perlu diambil,"