Fugro Discovery tiba di Australia barat bagi pencarian MH370

Bernama
Oktober 5, 2014 11:06 MYT
Furgo Discovery tiba di Australia barat bagi pencarian MH370
Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi, lapor agensi berita Australian Associated Press.
Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan.
Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan diguna sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini.
#Australia #Furgo Discovery #Malaysia #MH370