Ringkasan AI
- Pelan Berbayar Apple Intelligence: Apple bercadang memperkenalkan pelan berbayar untuk ciri-ciri AI baharu, sementara ciri sedia ada kekal percuma.
- Pendekatan Tim Cook: Tim Cook menyatakan bahawa Apple tidak merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI, melihatnya sebagai revolusi teknologi seperti skrin sesentuh.
- Strategi Monetisasi: Apple mungkin akan menawarkan gedung aplikasi AI atau mengintegrasikan AI dengan perkhidmatan berbayar sedia ada seperti iCloud dan Apple TV.
Walau bagaimanapun, untuk benar-benar memanfaatkan kemampuan teknologi kecerdasan buatan generatif ini banyak yang menawarkan pelan berbayar.
Untuk Apple, beberapa bulan lepas mereka dilaporkan ada bercadang untuk memperkenalkan pelan berbayar Apple Intelligence.
Dalam pelan ini, ciri-ciri sedia ada akan kekal percuma tetapi ciri baharu yang menarik mungkin akan dikenakan bayaran.
Namun, menurut Tim Cook dalam temu ramah bersama WIRED – Apple tidak pernah merancang untuk mengenakan bayaran kepada ciri-ciri AI mereka.
Sebaliknya, Apple memandang ciri AI ini seperti teknologi skrin sesentuh iaitu satu revolusi baharu untuk telefon pintar dan tablet moden.
Jadi bagaimana Apple akan jana kewangan dengan AI?
Pernah dilaporkan Apple akan menawarkan gedung aplikasi AI, atau mungkin ciri-ciri berbayar yang Apple sedia tawarkan seperti iCloud+, Apple TV+ dan lain-lain yang akan diintegrasikan dengan AI. -Amanz