Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman bagi membolehkan pasukan penyiasat dapat memasuki lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dengan segera.
Katanya kehadiran pasukan pengaman PBB di lokasi nahas boleh memastikan pihak berkuasa Ukraine dan kumpulan pemisah yang sedang bertelagah di kawasan itu mengotakan janji termasuk gencatan senjata yang dipersetujui mereka sebelum ini.
"Pasukan penyiasat antarabangsa termasuk Malaysia masih gagal memasuki kawasan nahas MH17 di timur Ukraine berikutan keadaan masih tidak selamat.
"Kita akan meminta PBB segera bertindak supaya siasatan kes itu dapat dilaksanakan, kita kesal sikap kerajaan Ukraine yang masih belum dapat menunaikan janji untuk pasukan penyiasat memasuki kawasan itu dengan selamat walaupun pelbagai usaha dan rundingan sudah dilakukan termasuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Bentong Bestari di Taman Rekreasi Sungai Marong, di sini hari ini.
Menurut Liow, tragedi pesawat MH17 adalah isu dunia membabitkan banyak negara dan semua pihak sepatutnya memandang serius perkara itu.
"Perdana Menteri sudah berusaha bersungguh-sungguh termasuk bertemu dan berbincang dengan pelbagai pemimpin dunia dan menyuarakan perkara ini di PBB.
"Kini sudah tiba masanya PBB mengambil tindakan, bukan setakat menerusi perbincangan sahaja," katanya.
Mengenai dua lagi mangsa rakyat Malaysia dalam nahas itu yang belum dikenal pasti iaitu Siti Amirah Prawira Kusuma, 83, dan Sherliza Zaini, 45, Liow berkata usaha menganalisis dan pengecaman mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum di Belanda masih belum selesai.
Sehubungan itu, beliau berharap dua rakyat Malaysia itu dapat dikenal pasti selepas semua urusan pengecaman mayat selesai nanti.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Bernama
Sat Sep 27 2014
![MH17: Malaysia mahu pasukan pengaman PBB dihantar ke lokasi nahas segera MH17: Malaysia mahu pasukan pengaman PBB dihantar ke lokasi nahas segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/51405619735_295x200.jpg)
Kehadiran pasukan pengaman PBB di lokasi nahas boleh memastikan pihak berkuasa Ukraine dan kumpulan pemisah yang sedang bertelagah di kawasan itu mengotakan janji termasuk gencatan senjata. - Gambar Fail
![India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722212635_ManuBhaker.jpg)
India raikan pingat pertama di Sukan Olimpik Paris
Berasal dari negeri Haryana di utara India, Bhaker menjadi penembak wanita pertama negara yang memenangi pingat Olimpik.
![Taekwondo, keazaman bawa Yahya dari kem pelarian ke Sukan Olimpik Paris Taekwondo, keazaman bawa Yahya dari kem pelarian ke Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722212465_YahyaAlGhotany.jpg)
Taekwondo, keazaman bawa Yahya dari kem pelarian ke Sukan Olimpik Paris
Atlet itu kini berusia 20 tahun dan telah meningkat daripada tali pinggang putih ke tali pinggang hitam "dan" ketiga.
![Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722200385_PearlyTanMThinaa.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia
Mereka mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencipta kejutan 18-21, 21-15, 21-16.
Olimpik Paris 2024: Keselamatan kontinjen Malaysia sentiasa diutamakan - Hamidin
Ketua kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan keselamatan setiap anggota kontinjen negara diutamakan sepanjang cabaran memburu emas di Perancis.
Keselamatan digital: Kerajaan bentang perundangan baharu Oktober ini
Satu perundangan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan digital merangkumi peruntukan berhubung tatacara dan penguatkuasaan suis pemati (kill switch) secara terperinci dan jelas, akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.
Pelajar Malaysia di Dhaka boleh pulang, sambung pengajian
Pelajar Malaysia yang telah dibawa pulang dari Bangladesh akan diberi pilihan sama ada mahu menyambung pengajian mereka di dalam negara atau kembali ke negara itu sekiranya keadaan kembali aman.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lebih lanjut dilaksanakan bersama pelajar-pelajar berkenaan dari segi hala tuju mereka selepas ini.
Bancian pertanian: Berjalan lancar, capai 20 peratus - DOSM
Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berjalan lancar dengan 20 peratus bancian selesai dilakukan setakat ini di seluruh negara sejak dimulakan 7 Julai lalu.
![Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721616412_KamalaHarris.jpg)
Kempen pilihan raya Kamala Harris kumpul AS$200 juta dalam seminggu
Sebanyak 66 peratus daripada sumbangan kempen adalah daripada penderma baharu.
Kekejaman zionis: Kongres A.S memalukan, duduk & dengar ucapan Netanyahu - Iran
Pemimpin tertinggi Iran berkata, adalah satu penghinaan besar bagi Kongres Amerika Syarikat untuk menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberikan ucapan di sana, Rabu lalu.
Senjata nuklear: Putin ancam mulakan pengeluaran nuklear jarak pertengahan
Presiden Russia, Vladimir Putin hari ini mengancam melancarkan semula pengeluaran senjata nuklear jarak sederhana jika Amerika Syarikat (AS) mengesahkan hasratnya untuk mengerahkan peluru berpandu ke Jerman atau tempat lain di Eropah.
![PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/71515834883_LiowTiongLai.jpg)
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
![PRU15: Rara berjaya tawan Bentong PRU15: Rara berjaya tawan Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666703938_YoungSyefura.jpg)
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
![PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668587916_LiowTiongLai.jpg)
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
![PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666703938_YoungSyefura.jpg)
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
![PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas? PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643367439_Youngsyefura.jpg)
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
![PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/51434859940_LIOWTIONGLAI.jpg)
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
![Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636782569_hadi.jpg)
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
![BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71543747415_ZAHID.jpg)
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
![Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61516871352_DSLiowLai.jpg)
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
![Wee Ka Siong presiden baharu MCA Wee Ka Siong presiden baharu MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81541381613_MCA.jpg)
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.