Jenazah seorang anak kapal pesawat malang MH17, Allahyarham Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, dilaporkan masih belum dapat diserahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk urusan seterusnya.
Isterinya, Madiani Mahdi bagaimanapun berkata, jenazah suaminya difahamkan hanya akan diserah pada Rabu untuk urusan solat jenazah dan tahlil.
"Jenazah suami saya masih belum diserahkan kepada JAKIM, semuanya akan diserah esok (Rabu) untuk prosedur seterusnya, kemungkinan pukul 5 petang (waktu Amsterdam).
"Kami akan bertolak pulang ke Malaysia pada 18 September dan dijangka sampai ke KLIA pada pukul 6.15 pagi (waktu Malaysia) pada 19 September," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini pada Selasa.
Madiani yang juga merupakan pramugari syarikat penerbangan negara itu sebelum ini turut melahirkan rasa sedih kerana jenazah suaminya tidak dapat dibawa pulang pada Hari Perkabungan Negara 22 Ogos lepas.
Sebelum ini, adik kepada Allahyarham Shaikh Mohd Noor, Siti Nurhidayah Mahmood berkata, penantian selama dua bulan kini berakhir apabila beliau dan anggota keluarga menerima berita baik berhubung penemuan jenazah abangnya.
Siti Nurhidayah turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bertungkus-lumus membawa pulang kesemua jenazah mangsa MH17, termasuk Shaikh Mohd Noor yang juga abang sulungnya.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan empat lagi jenazah mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan dijangka akan dibawa pulang dalam masa terdekat.
Menurut Liow, dua daripadanya iaitu Muhammad Afzal Tambi, 17, dan Marsha Azmeena Tambi, 15, telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang, manakala dua lagi iaitu Shaikh Mohd Noor dan Liew masih dalam proses pengurusan jenazah.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, pesawat itu juga membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Wan Syamsul Amly
Tue Sep 16 2014
Jenazah Shaikh Mohd Noor (gambar) difahamkan hanya akan diserah pada Rabu untuk urusan solat jenazah dan tahlil.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.