Zul Ariffin hadir ke SKMM

Astro Awani
Mac 22, 2022 21:57 MYT
Nama Zul menjadi panas selepas babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama televisyen berjudul Perempuan Itu, arahan Ain Sharif, baru-baru ini tular. - Gambar fail
PELAKON Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan satu perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama, baru-baru ini.
Pelakon berusia 36 tahun itu memaklumkan perkara berkenaan selepas dipercayai selesai berurusan di Suruhanjaya berkenaan pada Selasa.
"Hari ini, Saya sudah memberi kerjasama penuh kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk 'Perempuan Itu'," tulisnya ringkas.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memanggil pelakon lelaki terbabit dan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting‘ YouTube yang menyalahi undang undang,” katanya menerusi Twitter beliau, pada Selasa.
BACA: Adegan 'panas': Zul Ariffin mohon maaf
BACA: Menteri Agama tegur klip 'adegan panas' Zul Ariffin
BACA: Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'
Adegan 'Panas' | Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa
Nama Zul menjadi panas selepas babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama televisyen berjudul Perempuan Itu, arahan Ain Sharif, baru-baru ini tular.
Hal itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun, video yang bertujuan untuk promosi drama itu telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.
#Zul Ariffin #Perempuan Itu #Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia #Tan Sri Annuar Musa
;