Zoo Negara nafi harimau mati ditembak

Bernama
Oktober 1, 2015 20:30 MYT
Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung. - Gambar Hiasan
Zoo Negara merasa kecewa dan menafikan bahawa seekor harimau belang jantan telah ditembak sehingga mati.
Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka.
"Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula semalam, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam," katanya.
Beliau berkata Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung.
Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi dan saksi ditempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh pihak polis.
#Mat Naim Ramli #Zoo Negara
;