Zon waktu seragam ASEAN wujud masalah domestik

Astro Awani
April 27, 2015 23:22 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap Asean dapat mencapai kata sepakat tentang cadangan zon waktu seragam.
Cadangan zon waktu seragam bagi 10 negara Asean perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.
Itu pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap Asean dapat mencapai kata sepakat pada sidang kemuncak asean ke-27, November ini.
Bagaimanapun, ada negara yang meminta diberi masa lebih panjang kerana cadangan itu membabitkan beberapa masalah domestik termasuk waktu beribadah untuk penganut Buddha.
Antara faedah zon waktu seragam bagi rantau ini adalah peningkatan perdagangan dan kerjasama antara kerajaan dan antara Asean dan negara lain di Asia.
Perkara ini berbangkit ketika Najib berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
BACA: Selesai pertikaian Laut China Selatan secara baik - Najib
BACA: Najib lancar saluran perjalanan ASEAN, GOASEAN
BACA: Kejayaan integrasi ASEAN bergantung kepada penerimaan rakyat - Najib
#ASEAN #Najib Tun Razak #zon waktu
;