Zon merah COVID-19: Rembau lokasi pertama tiada kes aktif

Bernama
April 21, 2020 14:37 MYT
Anggota polis dan tentera melakukan sekatan jalan raya di Rembau selepas kawasan itu dikategorikan sebagai Zon Merah COVID-19. Gambar fail/ Bernama
Daerah Rembau di Negeri Sembilan, yang juga antara 30 Zon Merah COVID-19, menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila tiada kes aktif wabak itu direkodkan setakat tengah hari Isnin
Menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah keseluruhan Zon Merah COVID-19 di seluruh negara turut kekal dengan 30 daerah.
Data itu juga menunjukkan bilangan lokasi Zon Merah dengan jumlah kes aktif lebih 40, menurun kepada 13 daerah semalam, berbanding 17 daerah pada Ahad.
Daerah terlibat ialah Petaling, Hulu Langat, dan Klang, Selangor; Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur; Melaka Tengah, Melaka; dan Seremban, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Johor Bharu dan Kluang, Johor serta Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak.
Sementara itu, tujuh Zon Merah dengan kes aktif antara 21 hingga 40 melibatkan Gombak, Selangor; Cheras, Kuala Lumpur; Putrajaya; Jasin, Melaka; Kulai dan Muar, Johor; dan Tawau di Sabah.
Sebanyak sembilan Zon Merah pula merekodkan kes aktif 1 hingga 20 iaitu Kota Bharu, Kelantan; Hilir Perak dan Kinta, Perak; Sepang dan Hulu Selangor, Selangor; Batu Pahat, Johor; Jerantut, Pahang; serta Kota Kinabalu dan Lahad Datu, Sabah.
Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (21-40 kes), Zon Kuning (1-20 kes) dan Zon Hijau tiada kes.
Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi dengan 1,345 kes.
Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah dengan jumlah kes aktif seluruh Malaysia:
Negeri/Daerah Kes Kes Aktif
Perak
Hilir Perak 65 2
Kinta 94 7
Selangor
Sepang 71 17
Petaling 374 111
Hulu Langat 446 106
Gombak 144 33
Klang 173 68
Hulu Selangor 50 7
Kuala Lumpur
Cheras 85 39
Kepong 159 84
Lembah Pantai 629 343
Titiwangsa 134 57
Putrajaya 77 33
Negeri Sembilan
Seremban 307 113
Rembau 53 0
Melaka
Jasin 68 42
Melaka Tengah 88 65
Pahang
Kuantan 121 73
Jerantut 72 11
Johor
Batu Pahat 53 13
Kluang 222 86
Johor Bharu 193 72
Muar 48 24
Kulai 45 23
Kelantan
Kota Bharu 90 6
Sarawak
Kuching 264 221
Kota Samarahan 62 55
Sabah
Tawau 80 33
Kota Kinabalu 44 17
Lahad Datu 42 10
JUMLAH 4,353 1,771
-- BERNAMA
#Cheras #coronavirus #COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #Kota Kinabalu #Kuala Lumpur #Malaysia #Muar #Negeri Sembilan #Pahang #Putrajaya
;