Zaytouna-Oliva: Netizen desak kerajaan berunding dengan Israel bebaskan Dr Fauziah

Kohilah Sekaran
Oktober 6, 2016 11:28 MYT
Satu pergerakan solidariti dimulakan di media sosial susulan penawanan kapal layar Zaytouna-Oliva berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal pada malam Rabu. - Foto Wbg.freedomflotilla.org
SATU gerakan solidariti dimulakan di media sosial susulan penawanan kapal layar Zaytouna-Oliva berserta tiga krew dan 10 orang anak kapal oleh rejim Israel pada malam Rabu.
Turut berada di dalam kapal berkenaan ialah wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hasan.
Lebih-lebih dengan hadirnya seorang anak Malaysia, netizen mula membanjiri media sosial dengan doa keselamatan bagi Dr Fauziah serta aktivis kemanusiaan yang lain.
Netizen juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Israel dengan segera bagi membawa pulang Dr Fauziah ke Malaysia.
Sebuah mesej video dari Dr Fauziah yang dirakam sebelum penahanannya turut dimuat naik di YouTube oleh Freedom Flotila Coalition.
Beliau antara lain menyeru dunia menggunakan segala pengaruh dan kekuatan bagi membantu pembebasan mereka.
Berikut adalah antara reaksi yang dikongsi oleh netizen;

Hopefully, PM Najib will negotiate wth Israeli gov to release Dr Fauziah and her flotilla members #Zaytouna #WomenToGaza

— Reef Pendragon īī (@zhariframli) October 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Zaytouna sah ditawan tentera Israel lebih kurang jam 8.58pm Mohon doakan Dr Fauziah dan ahli delegasi yg lainpic.twitter.com/yiYUvTYZGp

— Abg Garam (@Encik_Garam) October 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kapal Zaytouna-Olive beserta tiga kru dan 10 orang anak kapal termasuk wakil tunggal M'sia, Dr Fauziah Mohd Hasan#Savegaza.semoga selamat /p>— JIHA ROSMAN (@jiharosmantwins) October 6, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kapal Zaytouna Olive telah ditawan oleh tentera zionis. Sama2 kita mendoakan keselamatan Dr Fauziah Mohd Hasan dn semua krew misi tersebut.

— nur (@sabrinahasri) October 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedih baca bila Kapal Zaytouna ditawan Israel. Dr Fauziah Hassan, zuhudnya awak. Semoga semuanya selamat. /p>— MMKA (@mysarakhairil) October 5, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Allahuakbar. Doakan semoga anak2 kapal Zaytouna-Oliva selamat, skrg ditahan oleh Israel. Ada sorang warga Malaysia, Dr.Fauziah di dalamnya. https://t.co/agFYVhpEGV

— Lady F (@fazsayang) October 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dr Fauziah was my gynae. She helped delivered all three of my children. May Allah SWT bless her & protect her along with the other detainees

— driz (@izyanizulkifli) October 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pagi ini doa saya bersama Dr Fauziah dan semua aktivis yang ditahan oleh Israel sewaktu menghantar misi kapal kemanusiaan ke Gaza.

— Wafa Awla (@wafa_awla) October 5, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kapal Zaytouna yang dalam misi 'Women's Boat To Gaza' (WBG) itu dilaporkan ditunda oleh tentera Israel menuju ke pelabuhan Ashdod.
Ketika kejadian, kapal Zaytouna sudah melepasi garisan 100 batu nautika ke arah pantai Gaza, dan pada kedudukan itu, kapal berkenaan telah memasuki garisan perairan yang dikawal oleh tentera Israel.
#Dr Fauziah #Israel #kapal #Zaytouna-Olivia
;