Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia

Astro Awani
April 19, 2023 15:54 MYT
Zaini sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Alam Sekitar dan Air. -Foto Yayasan Petronas
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia berkuatkuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Zaini sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini berkata Zaini berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pendidikan, perancangan, penyelidikan, dan alam sekitar, khususnya teknologi air.
"Semoga dengan pelantikan ini beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai “peneraju pembangunan dan pengurusan sumber manusia negara,” tulis kenyataan itu.
Zaini, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Ijazah Sarjana Kejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle Upon Tyne; dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Newcastle, United Kingdom (UK).
Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UTM pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1 Oktober 2011.
#Zaini Ujang #Mohd Zuki Ali #Kementerian Sumber Manusia #Ketua Setiausaha
;