Zaid Ibrahim tampil bagi keterangan di Bukit Aman

Astro Awani
November 16, 2016 08:22 MYT
Ketua Polis Negara sebelum ini mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis mengambil keterangan Zaid selepas didapati melakukan kesalahan menghasut. - Foto Bernama
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung kenyataan berbaur hasutan dan mengelirukan menerusi akaun twitter miliknya.
Zaid tiba sekitar jam 11 pagi bersama beberapa penyokong dan meninggalkan ibu pejabat polis itu selepas memberi keterangan yang mengambil masa kira-kira sejam.
Zaid yang ditemui media berkata siasatan kes dilakukan mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu bakar sebelum ini mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis mengambil keterangan Zaid selepas didapati melakukan kesalahan menghasut.
Zaid menerusi akaun twitternya sebelum ini mempersoalkan integriti ketua badan kehakiman dan eksekutif di Malaysia.
#akta hasutan #Ketua Polis Negara #Khalid Abu Bakar #Menteri di Jabatan Perdana Menteri #Zaid Ibrahim