Zaid Ibrahim nafi ditaja UMNO bertanding di Kajang

Astro Awani
Februari 17, 2014 18:17 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja UMNO bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Zaid berkata dakwaan yang dibuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan taktik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memalukan pencabarnya.
"Saifuddin PKR dakwa UMNO dibelakang saya, bahawa saya diletakkan . Itu trademark Anwar. Selalu memalukan lawan. Kebenarannya saya tidak ditaja," katanya menerusi lama mikro Twitter hari ini.

Saifuddin PKR says UMNO behind me, that I am a plant. Thats Trademark Anwar. Always humiliate your opponent. Truth is I am not #fb

— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) February 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zaid pada Ahad mengumumkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sebagai calon Bebas kerana mahu menyekat rancangan PKR mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar sebagai Menteri Besar.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media hari ini mempersoalkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menyatakan sokongan kepada Zaid yang akan bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang.
Saifuddin berkata sokongan yang diberikan Khairy tanpa memikirkan Zaid pernah menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
Katanya persoalan juga timbul apakah UMNO mempunyai peranan di sebalik kesediaan Zaid bertanding di Kajang.
#Abdul Khalid Ibrahim #Anwar Ibrahim #DUN Kajang #Zaid Ibrahim
;