Zaid Ibrahim hadir ke Bukit Aman beri keterangan

Hakim Rahman
Disember 13, 2017 11:47 MYT
Ahli DAP, Datuk Zaid ibrahim tiba di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung isu mempersoal titah Sultan Selangor. - FotoBERNAMA
Ahli DAP, Datuk Zaid ibrahim tiba di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung isu mempersoal titah Sultan Selangor.
Beliau tiba 9.30 pagi tadi ditemani peguamnya, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ronnie Liu serta beberapa lagi penyokong dan ahli DAP.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan arahan memanggil Zaid untuk memberikan keterangan.
BACA: Hina Bugis, polis akan panggil Tun M
Setakat ini, dua laporan polis sudah dibuat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
#akta hasutan #Bukit Aman #DAP #Ketua Polis Negara #Parlimen #polis #Sultan Selangor #Zaid Ibrahim
;