Zahirah MacWilson serikan sesi dialog bersama Anwar Ibrahim

Madiha Abdullah
September 16, 2018 15:21 MYT
Zahirah berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli siber dan menggesa setiap anggota masyarakat bekerjasama untuk menghentikan perkara itu. -Astro AWANI
KEHADIRAN pelakon Zahirah MacWilson antara yang menjadi perhatian dalam sesi Meet Anwar: Dialog Bersama Anak Muda di Kuala Lumpur, hari ini.
Pelakon berusia 23 tahun itu dijemput untuk bercakap tentang isu generasi muda dan media sosial.
Dalam ucapannya, Zahirah berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli siber dan menggesa setiap anggota masyarakat bekerjasama untuk menghentikan perkara itu.
"Sebagai selebriti, saya terdedah dengan kritikan yang kadangkala tidak masuk akal.
"Buli siber perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja mengganggu psikologi tetapi boleh membawa kesan buruk sehingga membawa kepada kes bunuh diri," kata Zahirah.
Zahirah juga menyeru agar golongan instafamous menggunakan platform media sosial ke arah positif kerana pengaruhnya yang sangat besar.
#Anwar Ibrahim #Dialog Bersama Anak Muda di Kuala Lumpur #Meet Anwar #Zahirah MacWilson
;