Zahir simbol keamanan dengan "Ops Bunga"

Khairul Wasiril Aswad
Mac 6, 2013 17:24 MYT
“Ops Bunga” kini dilihat semakin trending menerusi Twitter dan Facebook, iaitu satu acara khas yang dicadangkan oleh seorang rakyat Malaysia untuk meletakkan bunga di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
Ianya bertujuan menyakinkan rakyat Filipina di Malaysia, dan rakyat Malaysia dari kaum Sulu bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai.
Menurut pencadang acara tersebut, Joe Lee, pada mulanya tindakan ini hanya ingin dilakukan diantara rakan-rakan rapatnya bagi menyampaikan mesej kepada rakyat negara Filipina bahawa mereka inginkan yang terbaik di antara hubungan kedua negara ini.
Namun setelah memuat naik cadangannya menerusi akaun Twitter, dia mendapati begitu ramai rakyat Malaysia yang menyokong dan bersetuju dengan tindakan aman yang tidak mengira bangsa, agama mahupun pendirian politik itu.

What is #OpsBunga - opsbunga.blogspot.com - (in English & BM) - it's the voice of peace of Malaysians.

— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) March 6, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

All I hope is to see a lot of flowers in front of the Embassy of the Republic of Philippines In Kuala Lumpur this Friday. #OpsBunga

— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) March 6, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Joe Lee berkata, cadangan damai “Ops Bunga” ini bukan suatu perhimpunan serta tiada kaitan politik, ketika dihubungi.
“Walaupun orang Filipina bertindak membakar bendera negara kita di hadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Manila, kita di sini tidak perlu bertindak seumpamanya malah buktikan kepada mereka bahawa Malaysia merupakan sebuah negara aman yang menolak keganasan”, kata Joe Lee.

Show some love, lets support #OpsBunga! Check out the details here opsbunga.blogspot.com/?m=1. We love peace.

— Izham Ismail (@IzhamIsmail) March 6, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi mengelakkan Ops Bunga disalahertikan, peserta dilarang membawa sepanduk, slogan mahupun melakukan tindakan yang memalukan negara Malaysia seperti berkumpul dan melaungkan kata-kata yang mampu mencemari suasana keamanan yang ingin ditonjolkan.
Cara terbaik adalah datang menghadiahkan bunga, doakan keamanan Malaysia dan menghargai pejuang dan wira negara yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara Malaysia.
Tambahnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anuar talah dijemput bagi menunjukkan teladan yang baik kepada peserta selain membuktikan acara ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Menurut pencadang, “Ops Bunga” bakal diadakan pada 8 Mac ini bermula jam 2.30 petang.
Butiran lengkap mengenai “Ops Bunga”.
#aman #Filipina #kedutaan #Malaysia #Ops bunga
;