Zahid terima kunjungan Menteri Buruh Nepal

Norsiah Mohd Ramli
Ogos 25, 2015 05:46 MYT
Perbincangan turut meliputi mengenai kebajikan warga Nepal yang bekerja di negara ini. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Buruh Nepal, Tek Bahadur Gurung di pejabatnya di sini.
Selain beramah mesra, mereka turut berbincang mengenai kebajikan warga Nepal yang bekerja di negara ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dicapai.
Perbincangan yang turut disertai oleh Duta Nepal di Malaysia Dr Niranjan Man Singh Basnyat itu berlangsung hampir 40 minit.
Antara yang hadir pada perbincangan tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.
#Ahmad Zahid Hamidi #Nepal #Tek Bahadur Gurung #Timbalan Perdana Menteri