Zahid pengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Hilal Azmi
Julai 4, 2018 16:10 MYT
Mesyuarat ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pemilihan UMNO pada 30 Jun lalu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.
Mesyuarat ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pemilihan UMNO pada 30 Jun lalu.
Ia juga dijangkakan menjadi medan penting dalam menentukan hala tuju parti serta usaha memulihkan UMNO bagi penggal 2018-2021.
Kesemua ahli MT turut mengangkat sumpah jawatan yang dipimpin oleh Ahmad Zahid.
Antara yang hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.
#hala tuju parti #Menara Dato Onn #MT UMNO #Pemilihan UMNO #Presiden UMNO #Zahid Hamidi
;