Zahid: Pendekatan baru pemulihan banduan

Astro Awani
Jun 1, 2013 11:43 MYT
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menerapkan lebih banyak pendekatan baru bagi program pemulihan banduan dan bekas banduan.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengurangkan jumlah kes berulang, sekaligus mengelak bekas banduan mengulangi kesalahan selepas dibebaskan.
Zahid berkata, pemulihan berasaskan akademik dan latihan vokasional adalah antara pendekatan yang akan diperluaskan bagi memastikan mereka dapat memulakan kehidupan baru selepas dibebaskan.
"Kita tidak mahu penjara hanya laksana hukuman tapi mesti lakukan penekanan di mana aspek-aspek kemanusiaan dari segi koreksional, jenayah yang tidak berulang sebagai satu pendekatan baru agar apabila banduan berada dalam masyarakat ia akan diterima dan tak bersa kekok," katanya.
Kerajaan juga katanya akan menyediakan program pembangunan kerjaya bagi memastikan mereka mendapat peluang pekerjaan dan tidak akan dipinggirkan masyarakat.
Dalam pada itu, 43 penjara seluruh negara akan dinaiktaraf tanpa melibatkan peruntukan tambahan daripada Khazanah Malaysia.
Setakat ini katanya, terdapat 88 bekas banduan yang sedang mengikuti kursus diploma dan ijazah dengan institusi pengajian awam dan swasta seluruh negara.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melawat ibu pejabat penjara malaysia di bukit wira, kajang.
#Menteri Dalam Negeri #penjara #Zahid Hamidi
;