Zahid Hamidi tiba di mahkamah untuk perbicaraan kes Yayasan Akalbudi
Astro Awani
Oktober 31, 2022 09:50 MYT
Oktober 31, 2022 09:50 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi, di sini, bagi menghadiri prosiding perbicaraan membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Beliau tiba di mahkamah sekitar jam 9.20 pagi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi (YAB) berjumlah RM65 juta.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 20 hari bagi tarikh perbicaraan bermula 19 Sept hingga 10 Nov.