Yu paus seberat satu tan ditemui tersangkut dalam pukat nelayan

Raffi Bachik
November 16, 2016 21:27 MYT
Sekumpulan nelayan muara Sungai Duyong, gempar apabila seekor anak ikan yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus, tersangkut pada jaring sebuah bot kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Hanyut pagi tadi. - Foto Bernama
Penduduk sekitar kampung muara Sungai Duyong hari ini gempar susulan penemuan seekor ikan yu paus spesis 'Rhincodon Typus' seberat lebih 1.5 tan yang tersangkut pada pukat dua nelayan di kawasan itu.
Mamalia sepanjang enam meter yang diancam kepupusan itu ditemui tersangkut pada jaring nelayan, Saedon Ibrahim, yang keluar ke laut bersama adiknya yang hanya dikenali sebagai Mahat, sekitar 4 pagi kira-kira tujuh batu nautika dari pesisir Pulau Hanyut, Melaka.
Kedua-dua mereka mengesyaki ada yang tidak kena selepas bot mereka menjadi perlahan dan terkejut apabila mendapati benda tersangkut pada jaring pukat mereka ialah yu paus gergasi yang jarang dilihat kerana ia biasanya berada di laut dalam.
Mereka pada mulanya mahu melepaskan semula ikan itu ke laut namun sukar kerana keadaan jaring yang sudah rosak selain dibimbangi berlaku kecederaan pada haiwan itu.
Haiwan terbabit kemudiannya berjaya dinaikkan ke Jeti Kuala Sungai Duyong, kira-kira pukul 10 pagi.
Selepas dinasihat, Jabatan Perikanan Melaka, mamalia itu dilepaskan ke laut berhampiran Pulau Undan kira-kira pukul 12.45 tengah hari untuk mendapatkan air bersih.
Pengarah jabatan itu Ghazali A. Manap memaklumkan yu paus itu masih hidup ketika dinaikkan ke darat dan telah diperiksa oleh kakitangannya.
Spesies marin Rhicodon Typus Smith dilindungi menurut Akta Perikanan 1985.
#haiwan dilindungi #Kuala Sungai Duyong #Pulau Hanyut #Pulau Undan #yu paus
;