YouTube tampil ciri 'Auto Dubbing' ubah audio bahasa guna AI
Amanz
Disember 11, 2024 11:30 MYT
Disember 11, 2024 11:30 MYT
KAMI yakin anda menonton video daripada kandungan yang dihasilkan di luar negara.
Ringkasan AI
- YouTube kini menawarkan ciri auto dubbing yang secara automatik mengalih bahasa video menggunakan AI dari Google DeepMind dan Google Translate.
- Video Bahasa Inggeris akan mempunyai trek audio dalam lapan bahasa lain (Perancis, Jerman, Hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Portugis, dan Sepanyol), dan sebaliknya.
- Ciri ini diaktifkan pada semua saluran YouTube Partner Program yang memfokuskan pengetahuan dan maklumat, dengan rencana untuk diperluas ke genre lain di masa hadapan.
Secara peribadi, kandungan daripada Jepun amat kami minati yang ditonton dengan membaca sari kata.
Kini, YouTube mula memberikan ciri Auto Dubbing yang akan mengalih bahasa video yang dimuat naik secara automatik.
Pengguna YouTube boleh mengetik kotak untuk mengaktifkan auto dubbing secara automatik.
Audio asal akan diubah ke bahasa lain menggunakan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan menggunakan teknologi Google DeepMind dan Google Translate.
Video Bahasa Inggeris yang dimuat naik akan secara automatik mempunyai pilihan trek audio dalam Bahasa Perancis, Jerman, Hindi, Indonesia, Itali, Jepun, Portugis, dan Sepanyol.
Video dalam lapan bahasa ini pula akan secara automatik mempunyai trek audio dalam Bahasa Inggeris.
Ciri auto dubbing kini diaktifkan pada kesemua saluran YouTube Partner Program yang menghasilkan kandungan yang memfokuskan pengetahuan dan maklumat.
Ia akan kemudiannya diberikan juga kepada genre lain di masa hadapan. -Amanz