Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi bakal didakwa untuk keganasan
T K Letchumy Tamboo
Mei 27, 2013 13:04 MYT
Mei 27, 2013 13:04 MYT
Operator kantin Yazid Sufaat dan pembantunya Muhammad Hilmi Hasim yang ditahan pagi ini dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), bakal didakwa di Mahkamah Majistret Ampang kurang dari satu jam lagi.
Peguam Yazid, Fadiah Nadwa Fikri, mengesahkan perkara itu melalui laman Twitter beliau.
Kedua mereka merupakan antara orang-orang pertama yang ditahan dibawah Akta itu.
Fadiah, semasa mengesahkan penahanan mereka berdua pagi ini kepada Astro Awani, berkata Yazid serta pembantunya ditahan di bawah Sosma dan Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan.
“Saya telah menerima satu panggilan telefon daripada anak Yazid, Fatin, pada pukul 8 pagi ini. Beliau berkata beberapa anggota polis sedang mencuba untuk menahan bapanya di rumah mereka di Taman Bukit Ampang dan apa perlu mereka lakukan.
“Saya menyuruh mereka untuk tanya apa sebab penahanan dan jawapan yang diberi hanyalah sebab kesalahan keganasan. Apabila ditanya lagi, kami mendapat tahu yang penahanan dibuat dibawah Akta Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan.
Fadiah berkata rakan sekerjanya turut menerima panggilan telefon yang sama mengenai penahanan Muhammad Hilmi.
“Keuda-dua mereka kini dibawa ke Bukit Aman dan pasukan peguam yang mewakili mereka untuk kes sebelum ini sedang cuba untuk menyelesaikan perkata ini,” katanya.
Pada 2 Februari tahun ini, Yazid, 49, telah didakwa di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan. Muhammad Hilmi, 33, dan kawan Yazid, Halimah Hussin, 52, turut didakwa kerana bersuhabat dengannya.
Pada Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini membenarkan permohonan ketiga-tiga mereka untuk membatalkan pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti keganasan di Syria, tahun lalu.
Oleh itu Hakim Kamardin Hashim memerintahkan ketiga-tiga mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Yazid, sebelum ini, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 selama tujuh tahun kerana disangka terlibat dengan kumpulan militan Jemaah Islamiyah.