Yayasan 1MDB sumbang RM360,000 kepada 19 anak anggota polis Lahad Datu
Bernama
Julai 13, 2013 09:55 MYT
Julai 13, 2013 09:55 MYT
Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyumbang sebanyak RM360,000 kepada dana pendidikan untuk 19 orang anak enam anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, awal tahun ini.
Naib Presiden Tanggungjawab Sosial Korporat 1MDB Azura Annuar berkata sumbangan itu merupakan inisiatif bagi memastikan anak-anak anggota itu dapat meneruskan pelajaran tanpa merasa bimbang, meskipun tragedi menimpa keluarga mereka.
"Ini merupakan perbuatan yang kecil di pihak kami untuk membantu keluarga anggota yang berkorban demi mempertahankan negara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Simunul di Semporna ialah Superintenden Ibrahim Lebar (Bukit Aman), Penolong Superintenden Micheal padel (Semporna), Sarjan Baharin Hamit (IPK Sabah), Sarjan Aziz Sarikun (PGA Tawau), Koperal Salam Togiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrul Tukiran (PGA Tawau).