PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menambah baik undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan dan peradaban termasuk kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketika ditemui selepas prosiding kes dadahnya di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, pelantun lagu Mimpi Laila itu berkata, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pasti lebih memahami keadaan tersebut memandangkan beliau pernah berhadapan dengan undang-undang sebegitu.
"Belum terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada beliau, di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.
"Beliau telah mengharungi perjuangan yang dahsyat namun dengan kuasa Allah, akhirnya dilantik menjadi pemimpin kita," ujarnya.
Susulan itu, Muhammad Yasin yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju T berwarna putih lengan panjang berkata, dengan izin Yang Maha Esa, dia akan diberi keadilan sewajarnya.
Sementara itu, Muhammad Yasin yang diwakili peguam, Ariff Azami Hussein berkata, pasukan pembelaan tetap optimis dengan representasi itu kerana ia berpaksikan kemanusiaan kesihatan akan diberi pertimbangan sewajarnya.
Dia yang juga diwakili peguam, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata, representasi yang dihantar dua bulan lalu amat lengkap kerana ia merangkumi aspek kesihatan anak guamnya itu.
"Ia disokong laporan oleh pakar bersama tiga laporan lain, maka wajarlah ia diberi pertimbangan sebaik mungkin kerana keadilan tidak boleh dilengahkan, sebaliknya dilakukan sekarang," katanya.
Sementara itu, semasa prosiding, Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan keputusan representasi yang dikemukakan Muhammad Yasin.
Ia selepas Ariff Azami memberitahu mahkamah, pihak pembelaan telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 23 September lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan pendakwaan telah menghubungi pembelaan pada petang Rabu, menyatakan mereka memerlukan lebih masa, sebelum membuat pertimbangan berhubung representasi tersebut.
"Kami tidak keberatan sekiranya sebutan semula kes bagi keputusan representasi itu ditetapkan dalam masa tiga minggu," katanya.
Mengesahkan perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berkata, pihaknya masih menunggu keputusan tersebut.
"Yang Arif, mohon satu tarikh sebutan baharu," katanya.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan selama 15 hari bermula 6 Mac 2023, yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.
Pada 6 Julai lalu, Muhammad Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac lalu dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Dec 15 2022
![Yasin harap PM tambah baik undang-undang lapuk Yasin harap PM tambah baik undang-undang lapuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671084517_YasinHarap.jpg)
Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis bagi sebutan semula kes dadah. - Gambar BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724310739_YasinSulaiman.jpg)
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
![Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724299705_yasin.jpg)
Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah
Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi itu kelihatan sugul sementara ahli keluarganya menangis di galeri awam mahkamah.
!['Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin 'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713508126_Yasin.jpg)
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
![Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713508126_Yasin.jpg)
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
![Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701639835_TBHOSPITALBAHAGIAULU.jpg)
Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia
Pihak hospital tersebut memberi peluang untuk melawat penyanyi berusia 48 tahun itu dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan.
![Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701242048_TBYassinjpg.jpg)
Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
![Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694774872_tbYasinSulaimanMa.jpg)
Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok
Sama ada Yasin dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.
!['Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin 'Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696329999_YasinSulaiman.jpg)
'Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin
Yasin menyatakan dia sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wujudnya kes prima facie atas tiga pertuduhan terhadapnya.
![Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696325323_YasinSulaiman.jpg)
Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
![Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696241120_tbYasinSulaimanMa.jpg)
Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok
Keputusan sama ada Muhammad Yasin dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya akan diketahui esok.