Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terima kunjungan hormat PM Anwar
Bernama
April 14, 2023 12:25 MYT
April 14, 2023 12:25 MYT
GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Mutiara, di sini.
Perdana Menteri yang tiba di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang itu pada pukul 10.45 pagi, mengadakan pertemuan dengan Tun Ahmad Fuzi selama hampir sejam.
Kunjungan hormat Anwar itu julung kali diadakan selepas beliau dilantik memimpin Kerajaan Perpaduan pada November tahun lepas.
-- BERNAMA