Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari

Bernama
Jun 24, 2024 21:46 MYT
Bagaimanapun, Abang Johari enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara tersebut akan diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Bernama
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang dipertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebarang nama dan perkara tersebut akan diumumkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita tunggu pengumuman oleh Perdana Menteri. Saya juga sedang menunggu...tentu sekali anak Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Budaya Iban di sini, hari ini.
Kerusi Yang Dipertua Dewan Negara kini masih kosong, berikutan kematian Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei.
Mutang, 70 tahun, merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dan berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990.
-- BERNAMA
#Abang Johari Tun Openg #Dewan Negara #Malaysia Airlines #Perdana Menteri
;