Yang di-Pertuan Agong selesai jalani rawatan di IJN - Istana Negara

Bernama
Oktober 24, 2015 13:23 MYT
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah disahkan selesai menjalani rawatan di IJN. -Gambar fail
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Istana Negara mengesahkan hari ini.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 87, pada Khamis lepas telah berangkat ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang semalam, turut bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi baginda.
#IJN #najib #Rosmah #Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah #Yang di-Pertuan Agong
;