Yang buli siber pun sama sahaja, tweet Khairy
T K Letchumy Tamboo
Julai 16, 2014 16:39 MYT
Julai 16, 2014 16:39 MYT
Walaupun wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, dikritik hebat di laman media sosial, ada segelintir pengguna berpandangan pembulian siber terhadap wanita itu haruslah dihentikan.
Ramai di antara mereka berkata pembulian siber ini tidak boleh diterima dan ia tidak membuatkan isu itu lebih baik daripada seadanya.
Mereka juga telah mengutuk perbuatan mendedahkan maklumat peribadi wanita itu di Internet.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata membuli wanita itu hanya membuat orang-orang yang melakukannya sama sahaja.