Yakinkah anda dengan sijil dan logo halal JAKIM?
Astro Awani
Jun 3, 2014 11:10 MYT
Jun 3, 2014 11:10 MYT
Perkembangan isu DNA babi yang ditemui dalam dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang berlaku dengan pantas menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna.
KKM pada 24 Mei lalu mengesahkan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.
JAKIM pula pada 26 Mei berkata, keputusan rasmi berhubung status halal coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.
Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 29 Mei mengesahkan bahawa hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan'.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
Astro AWANI ingin mengetahui, adakah anda sebagai pengguna, yakin dengan sijil dan logo halal JAKIM? Sertai undian kami.