Ya, Tun M ada hantar surat kepada Yang Dipertua tapi...

Farhana Joni
Mei 7, 2020 19:54 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamed Ariff Yusof. - Gambar Astro AWANI.
Bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad, Endie Shazlie Akhbar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, butiran surat yang dihantar kepada Tan Sri Mohamed Ariff Yusof itu tidak didedahkan.
"Ya, Tun ada hantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi saya tak pasti sama ada itu surat tersebut.
"Sebab saya tidak sempat tengok surat asal," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Sepucuk surat bertarikh 4 Mei dan ditandatangani oleh Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi kini tular di media sosial.
Surat itu memohon untuk membawa usul dan resolusi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat 26 (1) yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
#Dewan Rakyat #Langkawi #Mahathir Mohamad #media sosial #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Tan Sri Mohamed Ariff Yusof #Yang Dipertua Dewan Rakyat
;