"Ya, semua sekali tapau" - Rakaman dipercayai Dzulkifli seperti didedahkan SPRM
Astro Awani
Januari 8, 2020 18:28 MYT
Januari 8, 2020 18:28 MYT
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama seorang lelaki berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rakaman ini dipercayai berlaku pada 22 Januari 2016 pada 10.12 malam.
LELAKI A: How was it? Good or Bad?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: dia...
LELAKI A: Dia takda finding la?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Dia maintain Datuk Seri.. Kita hantar balik tu because we post certain question to them, yang kita post certain questionto them, they take opportunity untuk minta kita review la..Takdelah... Diorang tak review la. Maintain dia orang punya tu.
LELAKI A: I see..
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Maintain...Lepas tu nak cadangkan pulak dua orang lagi.
LELAKI A: Dua ja la?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Ha?
LELAKI A: Dua ja la?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Dak yang dua maintain, tambah lagi untuk dua orang lagi.
LELAKI A: Both maintain tambah dua orang lagi..Empat orang lagi la.
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Rozman, Syamsul, dengan Nik, dengan Suboh..... and Samsul dengan Aziz...
LELAKI A: Aziz Mana?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Aziz something something...
LELAKI A: Dia Aziz la?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: I tak ingat aziz mana.. Bukan Azeez Rahim la.
LELAKI A: Hahaha.....
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Aziz, Samsul, Subihi, Nik.....
LELAKI A: Aaaa...Nik Suboh. Kiranya Rosman takda kena mengena dengan dengan Tabung Haji la..
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Ha..Takda ..
LELAKI A: Confirm ya? (rakaman tidak jelas) Kira dia confirm ya! You dah baca banyak kali eh?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Haa.. Kita baca...Ni nak finalize banyak kali.
LELAKI A: Semuanya road to Mexico?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Hmm... Semuanya...
LELAKI A: Semua...Ya, semua skali tapau..
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Then kita discuss.. On apa tu Tuesday, we settle number one dulu la.
LELAKI A: Okay.
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Sama macam tu la lebih kurang..Datuk seri. Bagi kita settle that one first.
LELAKI A: yang part ni, dia go for CP kan? CP yang apa tu kan?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Yang mana? Which one?
LELAKI A: CP kan?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Yang mana? Yang untuk saya?
LELAKI A: Part ni.. CP kan?
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Haaa.... CP..
LELAKI A: CP kan? Fitnah? 420... 403
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: 409..
LELAKI A: Eh your boss calling me, I'll call u later..
TAN SRI DZULKIFLI AHMAD: Okay.