xAI Milik Elon Musk raih suntikan dana pelaburan berjumlah AS$6 bilion
Amanz
Mei 28, 2024 12:00 MYT
Mei 28, 2024 12:00 MYT
XAI merupakan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang dimiliki oleh Elon Musk.
Produknya juga diintegrasikan bersama media sosial X, dan salah satu penawaran yang disediakan adalah sebuah chatbot berasaskan kecerdasan buatan dan dikuasakan data terkini melalui X, dinamakan Grok.
Terbaharu, diumumkan xAI berjaya meraih suntikan dana pelaburan berjumlah AS$6 bilion daripada sejumlah pihak, termasuk Sequoia Capital, Prince Alwaleed Bin Talal and Kingdom Holding, dan beberapa pihak yang lain.
Elon Musk turut mengatakan nilai syarikat xAI kini adalah AS$18 bilion – menjadikan ia antara syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang bernilai tinggi.
Selari dengan pelaburan ini juga, xAI mengumumkan akan berkongsi berkenaan sejumlah perkembangan baharu dan kemas kini produk dalam beberapa bulan lagi. -Amanz