X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
Amanz
Februari 21, 2025 13:20 MYT
Februari 21, 2025 13:20 MYT
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024. -Amanz
X BARU sahaja meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium+ pada bulan Disember 2024 yang lepas.
Ringkasan AI
- X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.
- Pelan X Premium menawarkan penggunaan tanpa iklan, akses kepada ciri baharu, dan akses awal kepada Grok generasi terkini, termasuk Grok-3.
- Dengan harga langganan yang tinggi ini, pengguna perlu mempertimbangkan sama ada untuk kekal melanggan atau memilih pelan yang lebih rendah di X.
Kini, hari ini, X sekali lagi meningkatkan harga langganan untuk perkhidmatan berkenaan, dan kini berharga RM177 sebulan.
Pelan langganan X Premium+ ini menjanjikan pengalaman penggunaan X tanpa gangguan sebarang iklan, akses kepada ciri baharu, dan juga akses awal kepada Grok generasi terkini, termasuk Grok-3 yang dilancarkan pada minggu ini.
Pada harga langganan yang tinggi ini, adakah anda akan kekal melanggannya, atau memilih pelan yang lebih rendah di X? -Amanz