X dibenar beroperasi semula di Brazil selepas akur permintaan mahkamah

Amanz
Oktober 9, 2024 12:00 MYT
X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan. -Amanz
X/Twitter telah diharamkan di Brazil pada penghujung Ogos. Ia selepas platform media sosial milik Elon Musk itu enggan menghalang beberapa akaun yang menyebarkan fitnah, serta gagal melantik wakil untuk berhadapan dengan beberapa kes mahkamah.

Ringkasan AI
  • X/Twitter diharamkan di Brazil pada akhir Ogos 2024 kerana gagal menghalang akaun yang menyebarkan fitnah dan tidak melantik wakil untuk kes mahkamah. Ini menyebabkan X kehilangan lebih 22 juta pengguna, menjejaskan pendapatan pengiklanan.
  • Pada mulanya, Elon Musk enggan mengikuti arahan mahkamah Brazil atas alasan kebebasan bersuara. Namun, selepas akaun Starlink dibekukan, X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda.
  • Selepas pengharaman, lebih 2 juta akaun baharu dibuka di Bluesky oleh pengguna dari Brazil.

Akibatnya X kehilangan lebih 22 juta pengguna kerana ia pasaran keenam terbesar mereka, sekali gus menjejaskan pendapatan pengiklanan.
Walaupun pada awalnya Elon Musk enggan mengikuti arahan mahkamah Brazil kerana “kebebasan bersuara”, X akhirnya tunduk dengan melantik wakil dan membayar denda selepas akaun Starlink dibekukan.
X juga bersetuju menghalang akaun yang didakwa menyebarkan maklumat palsu di Brazil.
Tekanan yang diberikan nyata berkesan dan rungutan lebih 22 juta pengguna tidak dapat diendahkan.
Sejurus selepas diharamkan, lebih 2 juta akaun baharu di Bluesky dibuka oleh pengguna dari Brazil.
Di Malaysia, X dilapor sebagai media sosial yang paling enggan mengikuti arahan diberikan pihak berkuasa dengan Meta pula adalah sebaliknya. -Amanz
#Brazil #Twitter #kebebasan bersuara #dibenar beroperasi semula #Elon Musk
;