Wujudkan suasana orang ramai tidak takut suarakan pandangan - Syahredzan

Astro Awani
Oktober 16, 2014 12:29 MYT
SYAHREDZAN: Seseorang yang bersifat perkauman akan terus cenderung memperjuangkan pandangannya itu sekiranya dia terus bergaul dengan mereka yang bersetuju dengannya.
"Sekiranya ahli akademik dan peguam pun boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa yang akan menghalang ia (Akta Hasutan) digunakan ke atas orang biasa?" tanya peguam dan aktivis, Syahredzan Johan.
Dalam wawancara eksklusif bersama Astro AWANI, pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan dan penganjur kempen menghapuskan Akta Hasutan 1948 berkata perlu wujud satu suasana dimana orang ramai tidak takut untuk menyuarakan pandangan.
Katanya, sekiranya wujud sikap dimana pendapat dan pandangan dapat disuara dan dibincangkan bersama dan tidak ditekan, dia yakin akan lahir satu masyarakat yang lebih terpelajar dan matang.
Syahredzan memberi contoh seseorang yang bersifat perkauman akan terus cenderung memperjuangkan pandangannya itu sekiranya dia terus bergaul dengan mereka yang bersetuju dengannya. Namun sekiranya diketengahkan pendapat yang bercanggah, dia berkemungkinan akan menukar pandangannya kepada yang lebih baik.
Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah naungan Majlis Peguam kini sedang menjalankan kempen mengumpul tandatangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Ikuti wawancara penuh bersama Syahredzan.
#akta hasutan #Majlis Peguam #Syahredzan Johan
;