Wujud kemungkinan Malaysia putuskan rantaian COVID-19 tanpa guna vaksin
Harits Asyraf Hasnan
Jun 7, 2020 19:50 MYT
Jun 7, 2020 19:50 MYT
Wujud kemungkinan Malaysia mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 tanpa menggunakan vaksin.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata garis panduan kesihatan awam yang ketat perlu dipatuhi rakyat.
Beliau mengambil contoh jangkitan melibatkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah MERS-CoV yang sehingga kini masih tiada vaksin.
“Sampai hari ini, SARS dan MERS-CoV tidak ada vaksin… tetapi dengan menggunakan kaedah tindakan kesihatan awam, kita dapat membendung jangkitan SARS dan MERS-CoV di negara kita tanpa menggunakan vaksin.
“Jadi ada kemungkinan, tanpa menggunakan vaksin, kalau kita semua patuh kepada garis panduan dan patuh kepada saranan kesihatan awam, kita juga boleh mutuskan jangkitan COVID19 tanpa vaksin.
“Kalau kita lihat SARS, ia (diputuskan) tanpa vaksin, kita boleh memutuskan jangkitan SARS, kita juga boleh memutuskan jangkitan MERS-CoV,” katanya pada sidang media di sini hari ini.