WTCKL sedia ketuai persidangan, pameran antarabangsa
Astro Awani
Disember 29, 2020 20:31 MYT
Disember 29, 2020 20:31 MYT
KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sedia menjadi penganjur persidangan dan acara perniagaan antarabangsa.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang merupakan rakyat Malaysia pertama dipilih sebagai Pengerusi Persidangan & Pameran Asia Pasifik (APAC), Majlis Penasihat Anggota (MAC), Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA), baru-baru ini menerima jemputan WTCA untuk berkongsi mengenai perancangan persidangan dan pameran di rantau ini.
Dalam perkongsiannya bersama Lembaga Pengarah WTCA, beliau menyatakan kesediaan WTCKL untuk mengetuai penganjuran persidangan dan acara perniagaan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia (WEF) Malaysia, Dubai World Expo dan juga pelaburan langsung asing (FDI).
Mesyuarat Lembaga Pengarah itu dipengerusikan oleh Pengerusi WTCA, John E Drew dan turut dihadiri ahli persatuan itu yang lain.
"WTCA juga menunjukkan komitmen yang tinggi dengan ahli WTC untuk merangsangkan semula perdagangan dan peluang pelaburan kepada penaju hartanah komersial dan syarikat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
WTCKL merupakan satu-satunya pusat konvensyen di Malaysia yang berdaftar dengan WTCA.
#WTCA
#WTC
#acara perniagaan
#pelabur antarabangsa
#Forum Ekonomi Dunia
#Dubai World Expo
#pelaburan langsung asing FDI
#WTCKL
#persidangan