WTCKL kini dilengkapi pengecas EV
Irfan Faruqi
Disember 21, 2022 16:59 MYT
Disember 21, 2022 16:59 MYT
Irmohizam (tiga dari kanan) menunjukkan pengecas EV yang disediakan untuk pengunjung di WTCKL - Foto instragram @irmohizam_ibrahim
Kuala Lumpur: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kini dilengkapi dengan pengecas EV untuk pengunjung dengan kenderaan hibrid.
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan World Trade Centre Kuala Lumpur, memaklumkan fasiliti baharu itu merupakan usaha berterusan dalam agenda go green organisasi tersebut.
Selain itu, beliau turut berkongsi berkenaan panel solar yang menjana sebahagian daripada keperluan bekalan tenaga untuk seluruh kompleks WTCKL.
"Hari ini, saya berpeluang memeriksa sistem pengudaraan dan kualiti udara WTCKL. Kami membuat lawatan ke bilik penyejukan dan sistem panel solar serta bilik gerakan.
"Alhamdulillah, semuanya teratur. Saya gembira kerana kualiti udara dan sistem pengudaraan kami berada dalam keadaan baik dan yang paling penting, diluluskan oleh Institut Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Kebangsaan (NIOSH)." katanya menerusi satu hantara di media sosial, hari ini.
WTCKL menempa sejarah tersendiri apabila menjadi pusat konvensyen pertama di dunia mengaplikasikan teknologi hijau di bangunan mereka pada Oktober lalu.