WTCKL diiktiraf International Business Review ASEAN Awards
Astro Awani
April 2, 2021 05:00 MYT
April 2, 2021 05:00 MYT
KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) diiktiraf sebagai ‘The International Business Review ASEAN Awards for Corporate Excellence in the Hospitality & Tourism Sector for Transformative Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE) Management’.
Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim memaklumkan, kemenangan itu adalah hasil daripada usaha keras seluruh warga WTCKL meskipun berdepan pelbagai cabaran dalam 2020.
“Alhamdulillah, semua ini adalah hasil daripada usaha keras seluruh warga WTCKL yang saya amat hargai.
“Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam tahun 2020 dan ternyata kita sangat terkesan. Saya berharap adanya sinar harapan untuk industri MICE dan Acara Perniagaan (BE) pada tahun 2021.
“Tahniah kepada semua pemenang ‘The International Business Review ASEAN Awards’! Semoga kita dapat meneruskan matlamat dan perjuangan kita dalam berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini,” ucap Irmohizam.
Beliau yang berkongsi kenyataan menerusi Instagram miliknya turut menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada ‘The International Business Review’ atas pengiktirafan berkenaan.
#ASEAN
#WTCKL
#tourism
#international
#business
#review
#pandemik
#COVID-19
#Instagram
#Kuala Lumpur