WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global

Astro Awani
Ogos 11, 2022 21:12 MYT
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (atas: dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat ke-3 Persidangan & Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) pada Rabu - Foto Facebook Irmohizam
KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bercadang menggunakan media sosial untuk mendorong lebih banyak acara global.
Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata ia antara idea yang dikemukakan ketika mempengerusikan mesyuarat ke-3 Persidangan & Pameran (C&E) Majlis Anggota Penasihat (MAC) World Trade Centers Association (WTCA) pada Rabu.
"Beberapa perkara berkenaan WTCKL termasuk idea untuk kempen, memorandum persefahaman (MoU), menggunakan media sosial untuk mendorong lebih banyak acara global dan melibatkan diri dengan organisasi antarabangsa.
"Selain itu, pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan di WTCKL pada November, dan ruang kerja kongsi WTCKL," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Naib Pengerusi WTC Istanbul, Okay Başbuğ, Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Datuk Seri Abdul Khani Daud, serta penceramah jemputan, Noor Ahmad Hamid.
Jelas Irmohizam, Noor juga merupakan figura yang amat berpengalaman dalam bidang acara perniagaan antarabangsa dan industri pelancongan.
#WTCKL #media sosial #Acara perniagaan antarabangsa #berita hari ini
;