WTC anjurkan majlis patuhi SOP
Astro Awani
Disember 21, 2020 15:20 MYT
Disember 21, 2020 15:20 MYT
KUALA LUMPUR: Musyawarah Besar Himpunan Masyarakat Sumatera Utara (Himasu) Malaysia dan Aliansi Organisasi Masyarakat Indonesia (AOMI) merupakan acara pertama dianjurkan World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Majlis ini diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh PKPB yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Musyawarah Himasu AOMI ini dihadiri Duta Besar Republik Indonesia Tuan Yang Terutama Hermono dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Selain itu, tetamu utama yang lain adalah Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekututan Datuk Budiman Mohd Zuhdi dan Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.
SOP kini membenarkan sesuatu majlis atau acara diadakan dengan syarat kapasiti tetamu bersamaan lima puluh peratus dari kapasiti dewan.
Sebelum ini kerajaan melarang penganjuran sebarang majlis atau acara yang melibatkan kehadiran orang ramai bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
#Musyawarah Besar Himpunan Masyarakat Sumatera Utara
#Aliansi Organisasi Masyarakat Indonesia
#World Trade Centre
#WTC
#HIMASU
#AOMI
#Irmohizam Ibrahim
#COVID-19
#PKPP