World #QuranHour: Bemula 12 tengahari, hari ini

Afiezy Azaman
April 13, 2023 08:30 MYT
Program berkenaan akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Selepas menyepi selama tiga tahun akibat COVID-19, Program World #QuranHour kini kembali diadakan secara fizikal di beberapa tempat di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengahari, hari ini.
Tahun ini Surah al-Insan dipilih dengan membawa tema “memanusiakan manusia” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.
Program yang bermula sejak 2015 itu dilihat sebagai jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.
Program berkenaan juga akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan seperti Astro Oasis, TV9, RTM 1, TV Al Hijrah, Bernama TV atau di FB #QuranHour dan Sinar Harian serta Astro AWANI.
Ketika pandemik melanda seluruh negara beberapa tahun lalu, program tersebut hanya diadakan secara dalam talian dan lokasi perdana di studio.
Program tersebut mendapat jumlah peserta tertinggi pada tahun 2019 apabila merekodkan sebanyak 1.46 bilion peserta.
World #QuranHour 2023 dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
World #QuranHour sebagai kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal akan diadakan di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, hari ini.
#quran hour #COVID-19 #Surah Al-Insan #memanusiakan manusia
;