World #QuranHour angkat tema Misi Al Mulk, solusi kepada pandemik

Eton Khir
Mei 6, 2021 15:26 MYT
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) membawa tiga inisiatif utama dalam gerakan Berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal iaitu Rumah Ngaji, #QuranHour dan Sahabah al-Quran. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kempen World #QuranHour tahun ini yang mahu mewujudkan satu gelombang Kempen Berbudi dan Penyayang akan berlangsung pada 6 Mei ini 2021 bersamaan 24 Ramadan 1442H , bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 1 tengah hari di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Kelainannya pada kali ini, penyertaannya dihadkan secara fizikal atas kekangan pandemik COVID-19 dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Namun, ianya masih boleh disertai melalui sesi video virtual yang disertai beberapa agensi perusahaan, institusi pendidikan dan badan-badan kebajikan.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) membawa tiga inisiatif utama dalam gerakan Berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal iaitu Rumah Ngaji, #QuranHour dan Sahabah al-Quran.
Dimana, objektif utamanya, adalah bagi menyeru semua ummah untuk berinteraksi dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian diri, bersama keluarga dalam melahirkan individu yang berakhlak berasaskan Al-Quran.
Pada setiap tahun satu surah akan dipilih untuk dijadikan fokus misi dan pada tahun ini membawa Surah Al-Mulk dihidangkan kepada masyarakat sebagai solusi ummah dengan slogan Better Family, Better Organization, Better Nation.
Ia diharap dapat menerajui solusi kepada cabaran pandemik yang dihadapi negara ketika ini.
Surah al-Mulk antara lain menjelaskan mengenai memperbaiki kehidupan individu, menjaga kehidupan bermasyarakat dan negara supaya sentiasa terpimpin. Tanpa batas yang dipandu al-Quran, masyarakat menjadi pincang dan boleh memberi mudarat besar kerana ia membabitkan kehidupan setiap manusia, bukan sekadar diri individu sahaja.
Bersama pengacara, Amin Idris yang turut ditemani Amira Othman dan Raqib Najib yang bertindak sebagai pengacara, program Quran Hour akan bersiaran langsung di Astro Oasis.
Turut terlibat, rakan media digital dan elektronik Astro Oasis 106, TVAlhijrah, TV Okey RTM, Bernama TV dan semua platform media sosial Facabook Sinar Harian, QuranHour,dan TickTalk TV.
#Ramadan #Putrajaya #quran hour #COVID-19 #pandemik #World Quran Hour
;