Wong Chun Wai pengerusi baharu Bernama

Bernama
September 12, 2023 09:05 MYT
Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tokoh media terkemuka Datuk Seri Wong Chun Wai dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, berkuat kuasa 1 Sept ini.
Pelantilkan beliau ialah untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Ogos, 2025.
Wong, 62 menggantikan Datuk Ras Adiba Radzi yang telah tamat kontraknya pada 23 Jan lepas.
- BERNAMA
#Wong Chun Wai #tokoh media #pengerusi baharu Bernama #Ras Adiba Radzi