Wisma Putra sah terima laporan kehilangan pelajar Malaysia di Perancis
Media Statement
September 28, 2016 21:16 MYT
September 28, 2016 21:16 MYT
Kementerian Luar Negeri telah menerima laporan rasmi mengenai kes pelajar Malaysia, Cik Nur Shakinah Naim, yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Perancis.
Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam di Kedutaan Besar Malaysia Perancis mengesahkan bahawa:
1. Cik Nur Shakinah Naim, 19 tahun, merupakan pelajar kejuruteraan di Universitaire de Technologie (IUT), Rouen, Normandy;
2. Cik Nur Shakinah Naim adalah pelajar tajaan JPA; dan
3. Pelajar ini telah hilang dari kediamannya sewaktu tengahari pada 25 September 2016, dan ini telah dilaporkan oleh rakan serumahnya kepada pejabat kedutaan Malaysia pada malam yang sama.
Sebaik sahaja menerima laporan kehilangan tersebut, wakil kedutaan telah bertolak ke Rouen bagi menyelaras perkara ini dan melaporkan kes kepada pihak berkuasa tempatan. Ini telah dilakukan pada hari yang sama, dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan Cik Nur Shakinah Naim dengan bantuan agensi tempatan.
Kedutaan Besar Malaysia di Paris berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rouen dan akan memaklumkan mengenai perkembangan kes ini sewajarnya.