Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

Bernama
Jun 28, 2024 20:59 MYT
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas gempa dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau rapat bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda pantai selatan Peru pada Jumaat.
Kementerian dalam satu kenyataan berkata ia sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan gempa bumi itu.
"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Lima, yang terletak di Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima, Peru.
Ia boleh dihubungi melalui telefon: (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795 atau melalui e-mel di mwlima@kln.gov.my/malawakillima@gmail.com.
-- BERNAMA
#bencana #gempa bumi #Peru #Wisma Putra #rakyat Malaysia
;