Windows Recall kelak lebih selamat dengan data disulitkan, boleh dinyahpasang

Amanz
September 28, 2024 12:20 MYT
Setiap tangkapan layar yang diambil Recall akan disulitkan oleh WIndows menggunakan sistem Trusted Platform Module (TPM). -Amanz
CIRI Windows Recall sepatutnya dilancarkan pada Jun lalu pada Copilot+ PC. Tetapi selepas penganalisis keselamatan menemui beberapa kerentanan serius, Recall ditangguh ke satu tarikh baharu yang belum ditetapkan.

Ringkasan AI
  • Setiap tangkapan layar yang diambil oleh Recall akan disulitkan menggunakan Trusted Platform Module (TPM). Data hanya boleh diakses selepas identiti pengguna disahkan melalui sistem nombor pin, imbasan cap jari, atau imbasan wajah Windows Hello.
  • Pengguna boleh menetapkan laman web atau aplikasi di mana Recall tidak dibenarkan mengambil tangkapan layar. Selain itu, pengguna boleh menetapkan tempoh masa data disimpan dan saiz storan dalam PC, serta memadam data pada tarikh tertentu.
  • Recall perlu diaktifkan secara manual sebelum boleh digunakan, berbeza dengan rancangan asal di mana ia beroperasi secara lalai. Pengguna yang masih ragu mengenai keselamatannya boleh menyahpasang Recall daripada Windows. Program ujian akan dimulakan semula pada bulan Oktober kepada pengguna Windows Insider.

Hari ini Microsoft menerbitkan artikel mengenai perubahan yang telah dilakukan bagi memastikan Recall dapat digunakan dengan selamat.
Pertama sekali setiap tangkapan layar yang diambil Recall akan disulitkan oleh WIndows menggunakan sistem Trusted Platform Module (TPM).
Dengan ini data hanya boleh diakses selepas identiti pengguna disahkan menerusi sistem nombor pin, imbasan cap jari atau imbasan wajah Windows Hello.
Seterusnya pengguna boleh menetapkan laman web atau aplikasi di mana Recall tidak dibenarkan mengambil tangkapan layar.
Apabila tab sulit dibuka dalam pelayar web, segala kandungan yang dilihat tidak akan dirakam secara lalai.
Seterusnya pengguna boleh menetapkan tempoh masa data Recall akan disimpan serta saiz storan dalam PC. Pengguna turut boleh memadan data yang disimpan pada tarikh tertentu daripada Recall.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, apabila dilancarkan kelak Recall perlu diaktifkan sendiri sebelum boleh digunakan.
Berbeza dengan rancangan asal di mana ia beroperasi secara lalai sejurus selepas komputer digunakan. Bagi mereka yang masih ragu mengenai keselamatannya, Recall boleh dinyahpasang terus daripada Windows.
Program ujian Windows Recall akan dimulakan semula pada bulan Oktober kepada pengguna Windows Insider sebelum boleh diberikan kepada semua. -Amanz
#Microsoft #Windows Recall #imbasan wajah Windows Hello #nyahpasang Recall daripada Windows
;