Wecam: Syabas perlu ambil langkah awal cegah krisis air

Astro Awani
Januari 3, 2013 06:44 MYT
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu mengambil langkah awal bagi mencegah krisis kekurangan air seperti yang berlaku baru-baru ini.
Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) Foon Weng Lian berkata Syabas sekurang-kurangnya perlu memberi notis awal mengenai masalah tersebut dan tidak menuding jari kepada pihak lain.
Jelas Foon, sebagai syarikat pembekal air, Syabas wajar mengambil inisiatif sendiri menangani apa yang berlaku.
Fomca juga kesal dengan kegagalan Syabas menyalurkan maklumat tepat mengenai jadual penghantaran air di kawasan terjejas.
Walaupun masalah yang berlaku masih di peringkat awal, namun ia melihat Syabas perlu ada pelan tindakan yang lebih berkesan.
Masalah kekurangan bekalan air berlaku selepas rumah pam di Wangsa Maju beroperasi melebihi kapasiti asal lantaran peningkatan permintaan bekalan air.
#air #Foon Weng Lian #Persatuna Pengguna Air dan Tenaga Malaysia #SYABAS
;